Khamis, 26 Ogos 2010

Si Comel yang menghiburkan..














jgn harap nak turunkan dia dari kereta (mengamuk sakan)

seronok sakan dapat naik kereta kat Alamanda..

bukan main seronok dengan rantai yg ummi bagi pakai

ha, tengok tu, rantai bukan main lanjut agi...


Assalamualaikum.....

hai sesaja jer bukak blog hari ni, xberapa sibuk sangat. cuma nak kongsi ngan semua melihat telatah simanja yang sukar untuk dilupakan....tahun demi tahun, bulan demi bulan, hari demi hari berlalu, rasa mcm sekejap jer....umurnya pon dah nak masuk 1thn 6bulan(7.9.2010 - juga merupakan tarikh lahirku yg ker 26 hehehe) rasa seronok sangat...
hmmm disamping tu nak jugak sembang pasai raya tahun ni...rasa seronok sebab humaira pon dah pandai jalan dan boleh beraya dah...kemeriahan lebih dirasai...bukan itu saja, tahun ni kami sekeluarga akan beraya di negeri Perak dulu kemudia pulang beraya ke Terengganu jugak....eeeiiii seronoknya tak terkata....rasa cam x sabar jer...
InsyaAllah tahun ni diharap semua selamat pulang ke kampung tak kira walau dimana destinasinya...diharap juga kemeriahan di hari lebaran yg bakal tiba ni akan terjamin olehNya dan sentiasa diberkati olehNya...
pesanan dibulan yg mulia ini, bersederhanalah dalam menyambut bulan Syawal yang bakal menjelma, elakkan b'lebih-lebihan dan elak juga pembaziran...."sesungguhnya pembaziran itu amalan syaitan"
Ingat juga buat mereka yg susah, sesungguhnya kehidupan hari ini dan bulan yang mulia ini kita mengimarahkan diri kita dengan sikap rendah diri, sikap tolong menolong, hormat menghormati dan b'sedekah (kerana amalan itulah yang menjamin keberkatan didunia mahupun diakhirat kelak)
ok lah, setakat ni jer rasanya sembang raya kita....semoga Sambutan Hari Raya Aidilfitri menjamin kemeriahan dan keberkatan dan semoga dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi hari lebaran di masa akan datang.
SALAM MESRA UNTUK SEMUA
&
SALAM HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN






































Ahad, 15 Ogos 2010

salam mesra 6 Ramadhan 2010Masihi















































Ha pada semua rakan2 inilah buah hati saya yg kian membesar tu....siapa lagi klu bukan Nur Hana Humaira bt Hasnan...



Assalamualaikum......

salam mesra kepada pembaca semua....

pejam celik2 dah nak sampai 1 minggu dah kita b'puasa tahun ni....Pada tahun ni, yg seronoknya apabila anak dah besar, dah pandai cakap ummi & ayah, dah pandai mintak mcm2 dan macam2 aksi dah dibuat....dan rasa raya tahun ni pon lebih b'makna....

Kata org, apabila dah ada anak ni, 70% perhabis tuk anak2 jer semata2....mak bapak klu ada yg lebih2 jer la baru pikir nak melaram hehehe....tapi xper, anak punya pasal ummi & ayah xkisah....
hmmm....
Hari ni rasa mcm best ngat, bukan apa....tetiba jer hati ni girang rasanya...nak kata ngandung, lom lg, nak kata dpt gaji pon, lom lg, nak kata dpt bonus pon, xtau lak...huhuhu...tp ati ttp rasa girang...maybe dah pose 1 minggu kot...
Pose 1 = masak tomyam jer
pose 2 = kuew teau goreng
pose 3 = masak singgang jer
pose 4 = bukak pose ngan mak kat umah kakak d Shah Alam
pose 5 = buka pose umah abang lak kat Puchong (p/s : mkn kerang 5 kg tu)
(ditmbh jugak ngan wat laksam)
pose 6 = bukak apa yer (tp dah rangcang wat mee rebus trg)
menu sehingga ari ni 16 Ogos 2010...nanti sok lusa kita pikir lain...menu yg mcm tu, bukan apa, my hubby nak jg badan, so stakat ni, 2 kali jer mkn nasi tu pon sbb t'paksa krn mkn kat umah kakak n abang ipar hahaha....klu xmmg genap 1 bulan pose ni xmkn nasi.....
ok lah, wat ms ni ni jer lah nak taip...
ape2 pon SELAMAT BERPUASA & SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI YG BAKAL TIBA, DOAKAN SEMUANYA SELAMAT SELESAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN PUASA, SELAMAT MYAMBUT AIDILFITRI, SELAMAT PERGI & KEMBALI TUK B'HARI RAYA, & INGATLAH DOAKU UNTUK SEMUA, SEMOGA SELAMAT DUNIA & AKHIRAT....MOGA DIBERKATI OLEHNYA.....
WASALAM.......