Isnin, 26 Mei 2014

24 MEI 2014 (6THN SUDA)

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera hendakNya....

24 Mei 2008 merupakan hari bersejarah buat ummi & pasangan Hasnan Hassan dlm melayari kehidupan berumahtangga sebagai sepasang suami isteri.  Masih segar dlm ingatan ummi sewaktu diakadnikan oleh tok kadi di Masjid Kerteh 01, di kampung mak Ketengah Jaya, Dungun Terengganu.  Bersaksikan adik beradik dan rakan² ayah dan berwalikan ayah Wan Ismail Wan Ahmad, majlis akad selesai dengan 2kali lafaz...Alhamdulillah semua selamat...

24 Mei 2014 telah genap 6thn perkahwinan kami di perantauan....Hidup di Kota penuh pancaroba di Putrajaya merupakan 1 cabaran buat kami dengan kos hidup yang agak tinggi, telah membuatkan kami cekal dan sabar....dugaan demi dugaan telah kami lalui, diharap kehidupan kami kekal hingga je Jannah...Amin....

07 Mac 2009 Tarikh dimana lahirnya benih cinta kami seorang puteri pertama diberi nama Nur Hana Humaira bt Hasnan telah menambahkan lagi seri dlm hubungan kami...kehadiran anak ini memberi kami semangat utk melayari kehidupan penuh harmoni....membesar dengan baik dan sempurna, setiap hilai tawa yang sentiasa memenuhi ruang rumah kami membuatkan kehidupan kami lagi bahagia...

24 Ogos 2011 tarikh azimat untuk puteri kedua ummi iaitu Nur Hanis Zulaikha bt Hasnan..... Lahir dlm keadaan sihat ttp diuji bermula usia 6bln menghidap penyakit exzema(allergy) yang agak teruk....Bagi ummi, setiap ujian yang diberi adalah untuk menguji tahap kesabaran & keimanan ibubapa dlm menghadapi situasi tersebut....Alhamdulillah setelah 2thn menghadapinya, ummi berjumpa pakar kulit Sachdev Skin Kulit di KL, mampu sedikit sebanyak mengubati penyakit anak ummi....walaupun masih belum pulih sepenuhnya, usaha ummi masih berterusan dan terbaik akan ummi lakukan untuk puteri ummi.....

Apa-apa pon, ummi harap perkahwinan ummi ini akan kekal hingga ke Jannah....itu jer impian ummi agar dipertemukan dlm keadaan baik besama suakmi & anak² ummi...

Sekian saja coretan ummi sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-Enam kami 24 Mei 2008 (kenangan terindah bersamamu)