Selasa, 7 Julai 2015

PENGENALAN PUTERI BARU UMMI

Assalamualaikum w.b.t....

Tanggal 1 Jamadil Awal 1436H/20 02 2015, lahirlah seorang puteri seberat 3.69kg di Hospital Putrajaya pd jam 4.58pg. Diberi nama Nur Hawa Fathiha bt Hasnan menjadikan kehidupan kami bertambah meriah dengan hilaian tawa puteri² kami.

Keseronokan kakaknya Humaira & Zulaikha membuatkan keperitan yang dilalui semasa proses kelahiran dan berpantang hilang sejenak dr pikiran otak kecil ummi ni. Hawa Fathiha telah pon mencecah 4bln lebih.

Kelahiran anak pertama Ummi, Nur Hana Humaira scr Ceaser seberat 3.51kg agak menakutkan ummi krn proses berpantang agak sukar, dengan kelahiran anak ke 2 Ummi Nur Hanis Zulaikha secara Normal seberat 4.00kg memberi pandangan berbeza kpd Ummi bahawa kuasa Tuhan melangkaui pikiran manusia. Syukur Alhamdulillah, merasa lahirkan anak secara normal walau ada sedikit komplikasi (tulang bahu sangkut)tp bersyukur keadaan tangan anak x seliuh atau patah. Lega rasa hati ini.

Dengan kelahiran Puteri ke3 ummi Nur Hawa Fathiha tidak lagi scr normal krn bimbang komplikasi yg sama berlaku spt anak ke 2, Doktor mengambil inisiatif utk Ceaser. Walau apa pon ummi redha dgn semuanya yg pasti anak² ummi sihat hendaknya....

Ummi akan kongsikan gambar anak² ummi yang comel n semakin membesar dgn cergas & cerdas hehe.....








Inilah anak ummi yg sulung, dengan kerenah yg sukar dijangka...mulut bising mengalahkan Mak Jemah....suka berleter n mulut bising....adik akan panggil akak dia Mak Jemah hahaha....

































Haaaa yg ni pulak anak ummi yg ke 2, agak lasak dan berani....klu tgk pd rambutnya semua org tegur dia sbg abg, mulanya ummi sedih jugak sbb terpaksa potong rambut mcm tu, tp disebabkan terpaksa gara² exzema, ummi redha jer la...tggu da besar skit n antibodi dia kuat dgn sendiri bolehlah simpan rambut panjang skit.....













Ok, last skali anak ummi yg baru lahir 20 Feb 2015 yg lalu....Alhamdulillah, keceriaan rumah tangga kami lagi la meriah dgn kehadiran Fathiha ni. Moga semua kawan² mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan kami semua....








masa pon da makin menjeling ummi dimeja ni hehe...ok, ummi sambung keje dulu then klu da free kita sambung lagi yer....

Wassalam semua....love dr hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan